MISI

Memartabatkan sukan Malaysia terutamanya bolasepak di pentas dunia, bukan pentas sarkas.
Mengembangkan berita mengenai sukan Malaysia serta luar negara terutamanya bolasepak.

Visi
Menjadi salah satu sumber penyebaran berita mengenai sukan, terutamanya di Malaysia, agar menjadi lebih luas dimata Negara serta dunia.
Berkongsi berita-berita serta pandangan tentang pelbagai sukan, terutamanya bolasepak, di dalam serta luar negara.

SEMASA: TAN DAN CARDIFF CITY


Vincent Tan pernah menggegar berita bolasepak Malaysia pada suatu ketika dahulu kerana memiliki sebuah kelab ternama yang bermain dan menjuarai Liga Kejuaraan nPower iaitu Cardiff City FC, pada musim lepas dan berjaya melayakkan diri untuk bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2013/14. Kejayaan itu begitu mengembirakan majoriti penyokong bolasepak Cardiff City dan turut berasa bangga, beberapa peminat EPL di Malaysia.

Cardiff City FC juga terkenal di Negara kerana memiliki nama "Malaysia/Visit Malaysia" pada jersi pemain, selain satu bendera Malaysia terpampang besar di sisi Stadium Cardiff City.


Namun kegembiraan tersebut  tidak kekal lama setelah beberapa isu timbul ketika Tan membuat beberapa perubahan drastik terhadap kelab itu. Perubahan itu di-cop oleh penyokong setia Cardiff dimana Tan telah menghilangkan identiti asal (Tradisi) kelab tersebut. Apa yang Tan dah ubah? Mari kita saksikan satu per satu.

LOGO:
Perubahan ini juga menimbulkan rasa tidak selesa dari penyokong asal Cardiff City dimana lambang kemegahan Cardiff iaitu, Burung Biru, ditukar saiz dengan Naga Merah. Selain itu, warna logo diubah dari biru, ke merah dengan alasan "tuah (ong)" bagi bangsa cina.


Perubahan ini dikatakan menghilangkan nama panggilan Cardiff City FC, The Bluebirds.

JERSI:
Perubahan warna jersi Home dan Away juga menjadi isu apabila  Cardiff City pula kini tidak dipandang sebagai sebuah pasukan berwarna biru yang telah berpuluh tahun digunakan.


Home ditukar dari warna Biru, ke Merah. Manakala Away ditukar warna sebaliknya


PANDANGAN:
Bagi aku apa reaksi penyokong Cardiff City FC bagi tu ada baiknya sebab aku fikir kalau terkena pula pada kelab bolasepak tempatan aku. Contohnya Selangor FA, andai ada jutawan luar negara beli Selangor FA, lepas tu dia ubah logo selangor, warna selangor dari merah kuning ke Pink Hitam, trademark gergasi ditukar jadi penguin, warna jersi home pink hitam manakala away merah kuning, siapa yang tak bising. betul tak?